Apa beza antara blogspot dengan wordpress? blogging, WordPress

August 15, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog alongxp.com, masih ramai lagi rupanya yang tak tahu apa beza antara blogspot dengan wordpress.

Ada blogger yang dah mula tertarik dengan wordpress, tapi takut sangat nak berhijrah kepada wordpress, sebab boleh dikatakan besar juga lah perbezaan antara 2 platform blogging ni.

beza antara blogspot dengan wordpress

Tapi pada saya, kalau korang boleh belajar menggunakan blogspot, kenapa tak boleh belajar menggunakan wordpress? berhenti dari duduk goyang kaki di zon selesa, berhijrah lah, mungkin ada hikmah yang lebih baik.

Tapi ada jugak orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging yang tanya saya apa beza antara blogspot dengan wordpress bila saya tanya dia, dia nak guna blogspot atau wordpress untuk blogging?

Ada juga client yang mintak saya buatkan blog yang tanya apa beza antara 2 platform blogging ni.

Apa beza antara blogspot dengan wordpress?

ok, ini adalah sebahagian penerangan kelebihan dan kelemahan antara blogspot dan wordpress yang saya ambil dari keluargahebat.com

Ada beberapa perkara yang WordPress ada tapi tidak blogspot. Antaranya;

1) WordPress mempunyai ‘Tags’ yang mana membantu Search Engine dengan mudah mencari website kita

2) WordPress lebih mudah ranking di Google

3) WordPress tidak bergantung dengan Google seperti blogspot. Blosgpot ni kira platform yang Google sediakan percuma buat blogger-blogger di luar sana.

4) Worpress lebih SEO Firendly

5) WordPress mempunyai plugins yang banyak dan membantu SEO sesuatu blog

6) Hosting WordPress digunakan sebanyak 1% oleh pengguna online di luar sana berbanding platform yang lain. Platform lain macam blogspot, Facebook , Twitter dan lain-lain

Manakala antara kelebihan blogspot pula;

1) Platform percuma untuk membuat blog sendiri.

2) Sangat sesuai buat blogger baru

3) Mungkin kerana ianya percuma, maka tutorial tentang blogspot memang banyak di dunia online

Kelemahan WordPress;

1) Tidak sama langsung dengan Blogspot. So, siapa-siapa yang berhijrah ke WordPress macam saya kena banyak belajar tentang WordPress ( Saya ikut kelas WordPress Essential anjuran denaihati.com untuk belajar pasal WordPress ni ? )

2) Plugins memang banyak. Tapi plugins yang best-best, memang berbayar. So, memang tiada yang free macam blogspot ?

Kelemahan Blogspot

1) Tidak mudah untuk ranking di Google. Tapi kalau rajin, memang boleh ja

2) Kurang SEO FRIENDLY banding WordPress

3) Sapa-sapa ada account blogspot ni dianggap menumpang ‘rumah’ Blogspot. So, kalau dorang tiba-tiba mahu kita keluar, suka-suka hati doranglah mau buat macamna

4) Tidak boleh pasang skrip affiliate dengan kata mudah, susah sikitlah mau beriklan banding WordPress

ingin saya tekankan kat sini, wordpress yang dimaksudkan dalam ni adalah self-hosted wordpress, bukan wordpress.com.

Perumpamaan paling senang sekali nak faham beza antara blogspot dengan wordpress ni adalah ibarat.

blogspot = anda buat rumah di atas tanah seseorang tanpa bayar apa-apa kepada tuan tanah

wordress = anda beli tanah, bayar cukai tanah setiap tahun, buat rumah atas tanah tersebut

jadi, bila anda menumpang ditanah orang, bila-bila masa je anda boleh disuruh keluar atas sebab apa pun yang mereka boleh buat sebab tu tanah dia, bukan tanah anda.

Hasil carian :

(Visited 205 times, 5,347,214)


Kredit kepada AlongXP

Bacaan WordPress Yang Lebih Menarik!

Service Finder – Provider and Business Listing WordPress Theme
Themeforest,
1 views
Themeforest,
1 views

Service Finder – Provider and Business Listing WordPress Theme

Pembuat Rojak - January 18, 2018

Perkhidmatan Pencari WordPress Tema adalah tema perniagaan dan perkhidmatan direktori yang canggih. Pembekal Perniagaan dan Perkhidmatan dari pelbagai kategori boleh…

Advanced Activity Widget
Plugins,
3 views
Plugins,
3 views

Advanced Activity Widget

Pembuat Rojak - January 18, 2018

Widget Aktiviti Lanjutan - Plugin WordPress Widget Aktiviti Lanjutan Menambah kotak widget tab bertema resposnive ke bar sisi anda yang…

Pereka Masuk Logam: Gambaran Keseluruhan Terperinci dan Kajian
Elegant Themes,
3 views
Elegant Themes,
3 views

Pereka Masuk Logam: Gambaran Keseluruhan Terperinci dan Kajian

Pembuat Rojak - January 18, 2018

Halaman log masuk WordPress mudah digunakan, dan mereka dengan selamat. Satu-satunya kelemahan adalah bahawa mereka semua melihat betul-betul yang sama…

Leave a Comment

Your email address will not be published.