Mengenai Kami

Rojak WordPress dibangunkan oleh syarikat pereka laman web & pemasaran atas talian MH Creative.

Kenapa Rojak? Kenapa tidak Nasi Lemak atau Cendol?

Ya… soalan yang baik. Kami terfikir juga nama-nama sebegitu tetapi ‘Rojak’ lebih menepati dengan content kami. Rojak bermaksud ‘campur’ dan mempunyai ciri-ciri Malaysia. Jadi ia adalah content WordPress yang bercampur untuk pembaca Malaysia tapi tak salah nak makan rojak selepas makan nasi lemak bersama rojak. 😉

Ia diwujudkan bagi menyelesaikan masalah kekurangannya bahan bacaan dan informasi mengenai WordPress dalam Bahasa Malaysia di negara ini.

Ia juga untuk membantu pereka laman web yang menggunakan WordPress sebagai Content Management System (CMS), mendapat maklumat terkini mengenai WP dan berkongsi ilmu.

Harapan kami ialah penggemar WP boleh bersama-sama membantu menaikkan lagi kepakaran WordPress di negara ini dan dapat menghasilkan rekaan WordPress yang bertaraf dunia.

Hiduplah Rojak WordPress untuk negara!

 

Ketua Makan Rojak – Mazlan Halim