Ramai yang menyangka, web design ini adalah perkara mudah tetapi…

August 19, 2017

Saya percaya ramai yang menyangka, web design ini adalah perkara mudah. Beli domain, hosting, install WordPress dan pilih themes.

Sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Jika anda mahu laman web yang nampak simple dan biasa, ia memang mudah.

Tetapi jika mahukan website yang nampak cantik dan professional itu ada banyak skill yang perlu seseorang pelajari dan ini mengambil masa yang lama, malah bertahun-tahun.

Skill ini merangkumi soal penggunaan WordPress, design, programming dan juga internet marketing.

Dari segi WordPress, anda perlu tahu mengenai plugins yang sesuai, widgets, page, post, sidebar, full-width, header, footer dan sebagainya.

Dari segi design, anda perlu belajar tentang penggunaan color schemes, fonts, space dan lain-lain. Asas kemahiran Photoshop juga penting untuk mengedit gambar-gambar yang kurang menarik menjadi lebih menarik dan sesuai bagi sesuatu website.

Dari programming pula, ilmu mengenai HTML, CSS, Javascript, jQuery dan juga PHP juga penting. Dengan kemahiran CSS sahaja, laman web itu boleh di custom-made mengikut citarasa designer.

Ilmu mengenai internet marketing seperti SEO, metatags, social media marketing dan sebagainya juga penting bagi memasarkan sebuah laman web. Tak guna juga ada laman web yang gempak tetapi tiada siapa yang tahu mengenainya.

Faktor-faktor inilah yang membezakan seseorang yang benar-benar pro atau seorang newbie dan juga mengapa seseorang designer dibayar tinggi atau sebaliknya. Tapi hati-hati juga dengan newbie yang mengaku pro. Anda boleh tanyakan faktor-faktor di atas bagi mengenal pasti skill seseorang designer itu.

Bagi saya, web designer sekarang bukan sekadar seorang designer, tetapi seorang programmer dan juga internet marketer.

Semoga bermanfaat untuk warga Rojak WordPress! 

-Ketua Makan Rojak

Bacaan WordPress Yang Lebih Menarik!

PimpMyWoo – Customize WooCommerce in style
Plugins,
Plugins,

PimpMyWoo – Customize WooCommerce in style

Pembuat Rojak - April 23, 2018

PimpMyWoo membantu anda menyesuaikan cara kedai WooCommerce anda kelihatan tanpa menulis satu baris kod atau mengubah suai sebarang templat !…

Bagaimana Menggunakan Portfolio Boleh Ditapis dan Navigasi Pos untuk Mengatur Kajian Kes dengan Divi
Elegant Themes,
1 views
Elegant Themes,
1 views

Bagaimana Menggunakan Portfolio Boleh Ditapis dan Navigasi Pos untuk Mengatur Kajian Kes dengan Divi

Pembuat Rojak - April 23, 2018

Kajian kes boleh menjadi alat pemasaran yang sangat berharga. Pengguna suka kajian kes yang baik kerana mereka suka cerita yang…

Quasar – WordPress Theme with Animation Builder
Themeforest,
2 views
Themeforest,
2 views

Quasar – WordPress Theme with Animation Builder

Pembuat Rojak - April 23, 2018

UPDATED Versi 2.9 - Wordpress 4.9 Siap, WooCommerce 3.2 Siap, Rock Form Builder 2.6 (19 Nov. 2017) Anda boleh melihat…

Leave a Comment

Your email address will not be published.