Tips SEO yang saya amalkan blogging, tips & tricks, WordPress

August 15, 2017

Saya ni bukanlah pakar SEO. Rasanya terlalu jauh kot. Tapi berdasarkan plugin yoast yang saya jadikan panduan untuk mendapatkan satu entri yang mesra seo dicampur dengan panduan dari Kitab Teknik SEO, tips seo itulah yang saya selalu amalkan , terjanalah trafik dari search engine yang merupakan sumber utama trafik blog saya ni.

Tips SEO yang saya amalkan ni mungkin berbeza dari otai-otai seo yang lain, sebab mereka otai, dan saya? kitai??

Sebelum ni saya tak pernah share tips seo yang saya amalkan sebab saya ingatkan semua blogger tahu, terutama geng best blogger network, sebab dalam tu ramai yang otai.

Tapi bila ada yang bertanya tips seo, dan tengok tips-tips seo yang dikongsikan dalam tu, berbeza-beza.

Tips SEO yang saya nak kongsikan ni kiranya whitehack la… dan tak agresif sangat. Tapi insyaAllah, blog anda tak akan di anggap spam jika amalkan tips seo yang saya amalkan ni.

Tips SEO yang saya amalkan

Target keyword atau focus keyword

Pastikan anda kenal pasti target keyword atau focus keyword anda, ada 3 cara yang saya amalkan untuk saya kenal pasti target keyword yang sesuai untuk saya gunakan bila saya menghasilkan sesebuah entri.

  1. Keyword Planner.
  2. Software Seo
  3. Dan cara yang diajar dalam Kitab Teknik SEO

Pastikan target keyword ada pada tajuk, url(permalink), perenggan pertama dan di Alt Text atau Alternative text.

Jangan lupa masukkan target keyword dalam tag(wordpress) atau label(blogspot)

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,875 times, 5,347,202)

Tajuk

Pastikan target keyword ada dalam tajuk, dan kalau boleh berada di awal tajuk.

Contoh keyword: contest lynk.my

Contoh tajuk yang bagus untuk seo: contest lynk.my 2015 lumayan

Contoh tajuk yang tak digalakkan: Saya nak menang dalam contest lynk.my 2015

Permalink

Ni satu tips seo yang simple tapi ramai orang pandang remeh, terutama pengguna wordpress.

Seelok-eloknya, tak payah nak guna yang ada tarik, bulan, tahun (kalau pengguna blogspot takleh nak buat apalah, paling minima pon kena ada bulan dan tahun)

Bagi pengguna wordpress, amat-amat digalakkan guna format postname

tips seo permalink

Perenggan

Perenggan atau paragraph. Apa yang perlu dibuat?

Pastikan perenggan tu pendek je.. dalam 2-3 baris je ke untuk setiap perenggan. Jangan panjang-panjang sangat. Saya pernah jumpa dengan penulis buku novel, dia pun tak galakkan perenggan yang panjang.

Heading

Inilah heading, dalam wordpress la…

tips seo headingTak perlu nak guna semua heading, heading 1 sampai 6, guna h2 atau h3 dah cukup, kalau boleh buat sekurang-kurangnya 1 heading.

 

Alt Text

Benda ni rasanya saya pernah tulis dulu, tapi tak ingat kat post mana dan blog mana.

alt tag best seoni pun satu benda simple yang selalu orang pandang remeh, terutama sekali pengguna blogspot, sebab pengguna blogspot kena melalui banyak step untuk update Alt text ni.

Alt text ni la yang membantu enjin carian mengenalpasti gambar korang tu untuk disenaraikan dalam enjin carian.

Kalau korang tak update alt text ni, kenala bersaing sengit dengan mereka yang masukkan alt text ni.

Ejaan

Tak payah lah mengada-ngada nak eja macam budak pelat. Ittew mak mamam acik gowenk cum ponk. Dan cuba untuk eja dengan ejaan penuh.

Elakkan menaip singkatan, contoh:

xsuke, tukar jadi tak suka atau tidak suka.

klu, tukar balik jika ianya adalah singkatan bagi kalau.

pompuan, eja penuh jadi perempuan.

Entri zaman saya jahil menulis blog dulu, memang banyak ejaan yang tak betul, jadi, trafik memang out of service lah jawabnya.

Jumlah perkataan

Minimum 300 patah perkataan. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi minimum 300 patah perkataan tu memang amat digalakkanlah…Sebab pembaca akan berada lama sikit di blog kita dan ini akan mengurangkan bounce rate.

Tambahan, perkataan yang banyak akan menaikkan kebarangkalian perkataan lain akan menjadi keyword tambahan.

Contohnya entri satu nombor 2 telefon saya ni, walaupun target keywordnya bukan wechat, tapi sebab dalam tu ada sebut pasal wechat beberapa kali, keyword wechat menjadi keyword utama pula bagi entri tu.

Tapi biasanya saya buat tak lebih 700 patah perkataan, sebab takut pembaca bosan.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,347,202)

Internal Link

Taklah begitu penting, tapi ada kelebihan.

Dari sudut pembaca dan pageview, pembaca akan klik untuk tahu cerita yang berkaitan dan akan menambahan pageview.

Dari sudut teknikal, ianya akan membantu link building dan seterusnya akan membantu crawler enjin carian meneroka blog kita

 

External Link.

Dari sudut teknikal, saya tak pasti.

Dari sudut backlink, pemilik laman web akan perasan yang kita dah bagi dia trafik, peratus mereka akan melawat blog kita agak tinggi.

(Visited 608 times, 5,347,202)


Kredit kepada AlongXP

Bacaan WordPress Yang Lebih Menarik!

PimpMyWoo – Customize WooCommerce in style
Plugins,
Plugins,

PimpMyWoo – Customize WooCommerce in style

Pembuat Rojak - April 23, 2018

PimpMyWoo membantu anda menyesuaikan cara kedai WooCommerce anda kelihatan tanpa menulis satu baris kod atau mengubah suai sebarang templat !…

Bagaimana Menggunakan Portfolio Boleh Ditapis dan Navigasi Pos untuk Mengatur Kajian Kes dengan Divi
Elegant Themes,
1 views
Elegant Themes,
1 views

Bagaimana Menggunakan Portfolio Boleh Ditapis dan Navigasi Pos untuk Mengatur Kajian Kes dengan Divi

Pembuat Rojak - April 23, 2018

Kajian kes boleh menjadi alat pemasaran yang sangat berharga. Pengguna suka kajian kes yang baik kerana mereka suka cerita yang…

Quasar – WordPress Theme with Animation Builder
Themeforest,
2 views
Themeforest,
2 views

Quasar – WordPress Theme with Animation Builder

Pembuat Rojak - April 23, 2018

UPDATED Versi 2.9 - Wordpress 4.9 Siap, WooCommerce 3.2 Siap, Rock Form Builder 2.6 (19 Nov. 2017) Anda boleh melihat…

Leave a Comment

Your email address will not be published.